Langkah 1
Pilih modul "Kata Laluan/Sekuriti".
Langkah 2
Pilih "Menyediakan peranti maya 2FA".
Langkah 3
Pasang dan setup autentikator 2FA.
- Pasang salah satu daripada aplikasi yang sesuai di peranti mudah alih anda.
Sebagai contoh, Google Authenticator boleh didapati di App Store atau Google Play Store.
b) Imbas kod QR yang ditunjukkan menggunakan aplikasi Authenticator pada peranti mudah alih anda.
Sebagai contoh, dalam Google Authenticator, klik "Mula Penyediaan" dan imbas kod QR. Satu kod unik berdasarkan masa akan dihasilkan.
Langkah 4
- Lengkapkan langkah terakhir dengan memasukkan kod unik berdasarkan masa yang dihasilkan pada Authenticator dari peranti mudah alih anda dan klik "Tetapkan 2FA". Notifikasi melalui e-mel akan dihantar kepada anda setelah 2FA diaktifkan.
Di bawah ini adalah langkah-langkah untuk menggunakan ciri ini setelah ia diaktifkan:
Langkah 1: Log masuk ke akaun Fullerton Markets anda.
Langkah 2: Masukkan kod yang dihasilkan dari Authenticator pada peranti mudah alih anda dan klik "Hantar". Perhatikan bahawa kod ini akan dihasilkan semula setiap 30 saat.
Untuk menghentikan penggunaan ciri 2FA maya:
Anda boleh menghentikan penggunaan fungsi 2FA pada bila-bila masa selepas penubuhan dengan kembali ke modul "Kata Laluan/Sekuriti" dan pilih "Membatalkan peranti maya 2FA". Notifikasi melalui emel akan dihantar kepada anda setelah 2FA dimatikan.
Jika anda mengalami sebarang masalah semasa log masuk menggunakan ciri 2FA, sila hubungi pasukan sokongan kami melalui "Live Chat" atau e-mel kepada support@fullertonmarkets.com.