Membuka Akaun Fullerton Markets Anda

Langkah 1

Klik pada pautan pembukaan akaun yang diberikan kepada anda..

Langkah 2
Lengkapkan aplikasi "Buka Akaun Live".
Masukkan butiran anda.

Paparan mesej akan meminta anda untuk menyemak e-mel yang telah didaftarkan..

Langkah 3
Aktifkan akaun Fullerton Suite anda.

Anda akan menerima e-mel "Pengesahan Alamat E-mel Berdaftar Anda". Klik pada "Klik disini" untuk mengesahkan alamat e-mel anda yang didaftarkan.


Nota: Anda perlu mengesahkan alamat e-mel anda yang didaftarkan sebelum anda boleh log masuk ke Fullerton Suite.

Langkah 4
Log masuk ke https://secure.fullertonmarkets.com/login dengan menggunakan e-mel dan kata laluan.

Pilih Jenis Akaun.

Pilih soalan keselamatan anda dan masukkan jawapan anda.

Pilih platform MT4.

Pilih Variable Spread | USD.

Nota: Variable spread bergantung kepada keadaan pasaran; ia boleh melebar atau mengecil bergantung kepada kevolatilan pasaran dan kecairan yang disediakan oleh penyedia kecairan kami.

Pilih Leverage 1:100.

Klik “OK”

Langkah 5
Tanda kotak "Notis Privasi" dan klik "Seterusnya".

Langkah 6
Pilih negara yang mengeluarkan dokumen anda.

Pilih jenis dokumen anda dan muat naik dokumen anda.

Klik “Seterusnya”.

Anda juga boleh meneruskan pengesahan di telefon anda dengan menggunakan kamera untuk mengambil gambar dokumen. Anda perlu mengimbas kod QR dengan menggunakan kamera telefon anda.

Langkah 7
Dengan mengklik "Seterusnya", dokumen anda akan dikaji oleh sistem, dan anda mungkin perlu menunggu e-mel kami atau semak semula halaman maklumat peribadi dalam tempoh 5-10 minit.

Jika dokumen anda tidak diterima, anda akan diminta untuk memuat naik semula dokumen-dokumen tersebut.

Jika dokumen anda diterima, anda akan melihat bahawa pengesahan telah selesai.

Langkah 8
Anda akan menerima kelayakan log masuk akaun perdagangan anda melalui e-mel.

Nota Penting: Proses ini memberikan anda status yang diluluskan dengan syarat untuk membuat deposit sehingga USD 2,000 sahaja. Sila muat naik bukti kediaman yang sah untuk membenarkan had deposit. Anda akan melihat notis ini di Fullerton Suite apabila anda memuat naik Bukti Kediaman (POR) anda.

Muat naik Bukti Kediaman anda untuk membuat deposit melebihi USD 2,000.

Selepas akaun anda diluluskan, teruskan dengan membuka akaun pelabur anda