(BM)Bagaimana Untuk Mencari Maklumat Penting Yang Perlu Disertakan Untuk Mempertikaikan Perdagangan?

Pengguna dapat mengirim tangkapan skrin (yang mengandungi maklumat perdagangan yang menjadi pertikaian ) bersama dengan Pertikaian Perdagangan mereka untuk memudahkan serta menjimatkan masa agar Pertikaian Perdagangan mereka dapat diselesaikan. Maklumat ini boleh didapati di platform perdagangan pelanggan di bawah tab "Journal" yang terletak di bahagian Terminal. 

Di mana untuk mencari maklumat yang relevan untuk tangkapan skrin?

Untuk mendapatkan maklumat yang relevan untuk tangkapan skrin, pengguna perlu mengikut langkah seperti berikut:

1. Buka platform Dagangan MT4 dan klik pada Tab "Journal" (terletak di bahagian bawah bahagian Terminal perdagangan).

2. Lakukan tangkapan skrin "Jurnal". Perhatikan bahawa tangkapan skrin harus mengandungi maklumat perdagangan yang ingin dipertikaikan oleh pengguna. Dengan maklumat ini, ianya akan membantu Jabatan Perdagangan kami dalam menyelesaikan masalah pertikaian dagangan pengguna.

 

** Namun, perhatikan bahawa jika platform Dagangan telah dimulakan semula sebelumnya, log Journal akan kelihatan kosong. Pengguna boleh mengikuti langkah-langkah seperti berikut untuk mendapatkan log Journal sesi sebelumnya: 

1. Right-click pada tab "Journal" dan pilih "Open".

2. Buka log Journal, yang mengandungi maklumat perdagangan yang dipersoalkan oleh pengguna, dan lakukan tangkapan skrin untuk maklumat tersebut. Muat naik maklumat ini bersama dengan pertikaian perdagangan untuk membantu Jabatan Perdagangan kami menyiasat pertikaian perdagangan pengguna.