COPY PIP (Penyedia Strategi)

Bagaimanakah saya melihat bayaran yang diperoleh daripada pengikut saya?

Anda dapat melihat yuran yang diperolehi dengan masuk ke platform CopyPip >> Pengikut Saya >> di bawah "Keuntungan". Yuran dikemaskini setiap hari pada GMT 00:00.

Bolehkah pengikut berhenti seketika dalam mengikut strategi saya?

Pengikut tidak dapat berhenti seketika mengikut strategi anda kerana bayaran dikira setiap hari. Mereka mesti menutup semua dagangan terbuka dan berhenti mengikuti strategi anda.

Bagaimanakah saya ingin mengluarkan yuran yang diperoleh daripada Akaun Penyedia Strategi saya?

Anda boleh mengeluarkan yuran anda yang diperolehi dengan log masuk ke Fullerton Suite >> "Pengeluaran Dana".

Bilakah yuran yang dibayar kepada saya?

Yuran dikira pada permulaan setiap bulan baru. Bayaran akan dimasukkan ke dalam akaun MT4 anda dalam tempoh 5 hari bekerja.

Bolehkah saya memadamkan strategi dagangan saya?

Ya. Anda boleh menyahsambungkan akaun dagangan MT4 anda daripada menjadi Penyedia Strategi.

Adakah terdapat kriteria untuk menjadi Penyedia Strategi?

Akaun dagangan anda perlu aktif sekurang-kurangnya minimum 1 bulan dan mempunyai 50 dagangan yang telah ditutup. Dagangan yang ditutup kurang daripada 3 pip tidak layak.

Bagaimanakah Pengikut mencari Strategi saya?

Pengikut boleh log masuk ke Platform CopyPip dan mencari nama Strategi anda.

Adakah saya Berdagang dengan dana Pengikut saya atau dana saya sendiri?

Anda berdagang dengan dana anda sendiri sementara pengikut mengikuti perdagangan anda.

Bagaimana saya boleh mengenakan yuran prestasi kepada Pengikut saya?

Anda boleh menyatakan yuran prestasi anda di Fullerton Suite >> Area Penyedia Strategi >> Buka Akaun Penyedia Strategi.

Adakah saya perlu membuka akaun baru untuk menjadi Penyedia Strategi?

Tidak. Anda boleh menggunakan akaun Dagangan semasa anda untuk menjadi Penyedia Strategi.

Apakah itu Penyedia Strategi?

Platform CopyPip membolehkan IB / Pedagang bertindak sebagai Penyedia Strategi. Pengikut boleh memilih mengikuti Penyedia Strategi dan menyalin perdagangan yang dibuat oleh Penyedia Strategi. Yuran tetap ditetapkan pada yuran prestasi sebanyak 20%.